Seo Services

Punca sebenar Zizan Razak tinggalkan Melodi


Umum mengetahui, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak secara rasminya sah meninggalkan rancangan Melodi sebagai pengacara sekitar tengahari Ahad, 29 Jun 2014 semalam dengan alasan sudah tamat kontrak.

Bagaimanapun, ramai peminat tidak percaya alasan itu ialah punca sebenar beliau nekad meninggalkan Melodi.

Menurut sumber lain, ada yang mendakwa perselisihan faham dengan rakan kongsi, Marina Juki tentang isu pembekuan akaun syarikat Wire Fame Entertainment (WFE) sebagai antara punca sebenar.

Selain itu, Zizan turut didakwa mahu meninggalkan Melodi kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya dengan pihak Astro yang bernilai jutaan ringgit.

Apapun, jawapan sebenar hanya ada dalam hati Zizan. Mungkin beliau lebih senang memendam rasa daripada mencanang cerita kepada pihak wartawan.



sumber
Punca sebenar Zizan Razak tinggalkan Melodi Punca sebenar Zizan Razak tinggalkan Melodi Reviewed by Unknown on June 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.