Seo Services

Rambut saya tulin dan original - Samy Vellu

SHAH ALAM: Bekas Menteri Kerjaraya Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini mengesahkan "misteri" rambutnya yang menjadi bahan spekulasi sekian lama, walaupun setelah beliau bersara daripada politik empat tahun lalu.  

"Ya rambut saya ini adalah tulin dan original. Ia bukan palsu. Saya telah menjalani rawatan di Australia untuk merawat masalah rambut gugur," Samy di petik berkata oleh akhbar The Star.

Gaya rambut Samy menjadi tumpuan sejak beberapa tahun lalu setelah rakyat telah membiasakan diri dengan imej bekas presiden MIC itu, berambut jarang.  

Bagaimanpun imej itu mula berubah apabila Samy dilihat dengan rambut yang semakin lebat, sekali gus mencetuskan spekulasi beliau menggunakan rambut palsu.  

Dalam wawancara itu Samy berkata semasa masih dalam Kabinet, beliau dimaklumkan mengenai seorang pakar di Australia yang  menggunakan teknoloji terkini untuk rambutnya tumbuh kembali.  

"Saya telah meminta kebenaran daripada Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri untuk menjalankan rawatan di Australia.

Ia memerlukan saya berada di Australia lima hari untuk setiap dua bulan. Saya menjalani rawatan itu tujuh kali dan selepas itu tidak ada masalah," kata beliau.

"Ramai orang tidak percaya, tetapi ini rambut tulen. Sekarang setiap tiga minggu saya terpaksa gunting rambut saya," tambah Samy.  - antarapos

Rambut saya tulin dan original - Samy Vellu Rambut saya tulin dan original - Samy Vellu Reviewed by Admin on June 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.