Seo Services

Sains penting dalam kehidupan manusia - Hazland

KUCHING: Sains merupakan satu subjek yang penting, Sains telah bermula beribu-ribu tahun sebelum masehi lagi dan mungkin penemuan sains yang pertama di jumpai oleh manusia adalah penemuan api, dan bagaimana menghidupkan api, kata Adun N5 YB Dr Hazland Hipni.

Dr Hazland berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sains, Mathematik Teknologi dan Alam sekitar di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pagi tadi.

Menurut beliau, Sains seterusnya berkembang dengan pelbagai penemuan, contohnya dari segi astronomi yang mana ramai ahli-ahli sains daripada dunia Islam terutama negara Mesir, Timur Tengah dan negara berhampiran telah menemui planet-planet dan cara membuat kalender, semua ini merupakan evolusi sains.

"Dalam perhubungan alam sekitar, sains di gunakan untuk sesuatu yang berguna melalui penjagaan alam sekitar.

"Sekarang kerajaan memberi perhatian terhadap tenaga hijau yang merupakan sumber temaga yang boleh di kitar semula sejajar dengan polisi kerajaan negeri Sarawak. 

"SCORE merupakan contoh yang menggunakan sistem tenaga hijau,"katanya lagi.

Karnival berkenaan turut mengadakan pameran dari agensi kerajaan seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Trineken, DBKU,dan beberapa agensi kerajaan.
Sains penting dalam kehidupan manusia - Hazland Sains penting dalam kehidupan manusia - Hazland Reviewed by Admin on June 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.