Seo Services

Sarawak merancang membina lebih banyak pangsapuri dan kondominium


KUCHING 23 Jun - Kerajaan Sarawak merancang membina lebih banyak pangsapuri dan kondominium di negeri ini, ekoran semakin ramai golongan muda memilih untuk tinggal di kediaman jenis berkenaan.

Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, bancian yang dibuat oleh pihaknya mendapati berlaku peningkatan trend golongan muda memilih kediaman berkonsepkan pangsapuri atau kondominium kerana lebih suka hidup dalam suasana kota.

"Justeru itu, kementerian merancang mewujudkan lebih banyak kawasan perumahan pangsapuri atau kondominium bagi memenuhi permintaan tersebut.

"Selari dengan trend itu, pelan pembinaan rumah pangsapuri di kawasan Tabuan Melayu di sini, pastinya akan menarik golongan muda untuk tinggal di situ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri di sini semalam.

Selain Tabuan Melayu, beliau berkata, pembinaan pangsapuri turut akan dilaksanakan di Projek Darul Hana dan Kampung Datu, Sibu.
Sarawak merancang membina lebih banyak pangsapuri dan kondominium Sarawak merancang membina lebih banyak pangsapuri dan kondominium Reviewed by Unknown on June 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.