Seo Services

Tudung Fareeda setanding jenama Loius Vuitton



Tudung jenama Fareeda sekarang ini menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat kita terutama wanita-wanita Islam. Ada yang begitu teruja dengan jenama tersebut dan tidak juga kurangnya yang mengkritik serta merungut kerana harganya yang dikatakan begitu mahal.
Lain pula penggemar tudung tersebut dimana mereka sanggup mengambil nombor giliran dan beratur bermula dari jam 4 pagi semata-mata untuk membeli tudung kegemaran mereka demi mendapatkan reka bentuk  tudung yang diidamkan mereka. Bagi mereka yang mengkritik pula menyeru rakan-rakan dan cuba menghasut orang ramai agar
memboikot jenama Fareeda tersebut.
Alasannya ialah tujuan asal dan asas wanita Islam bertudung ialah kerana tuntutan agama yang menyuruh menutup aurat bukannya membeli tudung harga ratusan ringgit tetapi sebaliknya tidak menepati piawaian pemakaian tudung sepertimana yang ditentukan oleh Agama Islam.
Kita tidak mahu bercerita panjang tentang tuntutan agama cukuplah sekadar berkata bahawa banyak lagi tudung yang berada di pasaran luar sana sama sahaja dimana
reka bentuknya dan spesifikasi seperti tudung Fareeda dan tidaklah dijadikan isu oleh sesiapapun sepertimana isu tudung Fareeda.
Jika dilihat dari segi harganya pula, adalah tidak salah membeli sesuatu yang mahal sekiranya mampu untuk membelinya. Islam tidak pernah melarang umatnya agar jangan membeli sesuatu yang mahal tetapi Islam hanya membolehkan penampilan untuk sentiasa kelihatan kemas,cantik dan bersih.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya harus berasa bangga dengan kejayaan Fareeda dalam membawa satu jenama elit bukan sahaja di Malaysia malahan ke peringkat global.
Tidakkah kita bangga jika sekiranya kedai Fareeda ada disetiap ibukota negara didunia dan premisnya terletak bersebelahan dengan kedai-kedai berjenama seperti Loius Vuitton, Gucci dan sebagainya pada satu masa nanti.
Dan kenapakah kita harus mempersoalkanjenama elit Fareeda ini? Jika ada diantara kita sanggup berbaris berjam-jam untuk mendapatkan barang-barang dari jenama lain, kenapa tidak dengan Fareeda. Adakah hanya disebabkan ianya hasil daripada orang tempatan kita?
Sekali lagi kita penulis menyeru kita semua sebagai rakyat Malaysia patut bangga dengan kejayaan Fareeda ini. Fareeda bukannya kroni kepada sesiapa dan tidak menerima bantuan dari kerajaan. Kita berharap lebih ramai usahawan tempatan begini yang akan berjaya ke peringkat global. Janganlah kita pula menjadi punca kepada mereka tidak berjaya hanya kerana sifat hasad dengki.
Tudung Fareeda ini adalah jenama ekslusif dimana si pemakai hanyalah orang-orang dari golongan yang tertentu sahaja sepertimana pembeli-pembeli jenama terkemuka yang lain.
Tudung Fareeda setanding jenama Loius Vuitton Tudung Fareeda setanding jenama Loius Vuitton Reviewed by Unknown on June 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.