Seo Services

67 permohonan anak angkat dikemukakan.


KUCHING: Rumah kanak-kanak Kuching telah mengemukakan sebanyak 67 permohonan untuk memberi anak angkat sebagai anak sendiri.

Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyatakan bahawa pihak mereka sedang meneliti permohonaan tersebut dan ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan memandangkan mereka perlu mengikuti prosedur dan memenuhi syarat-syarat yang telahpun ditetapkan.

Tempoh kelulusan bagi permohonan itu juga bergantung kepada siasatan daripada pihak polis bagi meneliti latar belakang kanak-kanak berkenaan.Dan setakat ini juga hanya 5 orang kanak-kanak yang berusia seawal 8 bulan hingga 16 tahun yang boleh dijadikan sebagai anak angkat, tambahnya ketika sidang media selepas lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Kuching yang terletak di Batu 12 Kuching-Serian.

Sementara itu juga, menurut sumber dari pihak polis sebanyak 3 kes buang bayi telah dilaporkan sehingga Jun pada tahun ini. Rumah Kanak-Kanak Kuching telah menempatkan seramai 84 orang penghuni kini.



Sumber: RTMSarawak.
67 permohonan anak angkat dikemukakan. 67 permohonan anak angkat dikemukakan. Reviewed by Unknown on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.