Seo Services

Angin kencang, laut bergelora sehingga Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Angin Barat Daya selaju 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga 13 Julai, menurut kenyataan jabatan itu hari ini. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. 

Bagi perkapalan, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Layang-layang, Reef North dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga 13 Julai.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. 

Selain itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Samui, Labuan, Selat Melaka (Utara) dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga 13 Julai. 

Pada masa yang sama, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

Angin kencang, laut bergelora sehingga Ahad Angin kencang, laut bergelora sehingga Ahad

Reviewed by Admin on July 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.