Seo Services

Argentina jumpa Jerman di final.


Argentina mara ke perlawanan akhir Piala Dunia dalam tempoh 24 tahun dengan menyingkirkan finalis edisi lalu, Belanda 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Selepas Tim Krul menjadi wira Belanda dalam penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir, namun penjaga gol itu tidak dapat mengulanginya selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan selepas tamat masa sebenar perlawanan.

Ini kerana skuad Oranje telah memakai tiga kuota pemain simpanan mereka, sekali gus terpaksa bergantung kepada Jasper Cillessen untuk menafikan usaha Argentina.

Dan pemain muda tersebut yang tidak pernah menghadapi situasi itu dalam kariernya, gagal untuk mengikuti jejak seterunya, Sergio Romero yang menyelamatkan sepakan Ron Vlaar dan Wesley Sneijder.

Kali terakhir kedua pasukan bertemu pada 1998, yang menyaksikan Belanda menang menerusi jaringan Dennis Bergkamp di mana aksi menarik melalui gerakan individu, yang tidak dipamerkan oleh kedua pasukan pada kali ini.

Belanda diperkuatkan dengan kehadiran semula pemain tengah kental, Nigel de Jong sementara Marco Rojo kembali untuk Argentina selepas selesai menjalani pergantungan satu perlawanan dan tempat Angel di Maria diisi Enzo Perez.

Kedua pasukan gagal mencipta peluang terbuka sepanjang awal 45 minit dengan Argentina berpeluang membuka tirai jaringan menerusi tandukan Ezequiel Garay yang melepasi palang gol.

Javier Mascherano mencetuskan kebimbangan buat kem Argetina apabila terbaring selepas kepalanya terhantuk dengan Georginio Wijnaldum.

Gonzalo Higuain memiliki peluang terbaik pada minit ke-58 dan 73 untuk mencetak gol, tetapi cubaannya dihalang dan tidak tepat. Albiceleste mempunyai sebab untuk berasa lega kerana Mascherano boleh meneruskan perlawanan, apabila menyelamatkan cubaan berbahaya Arjen Robben di penghujung 90 minit perlawanan.

Dalam masa tambahan, pasukan bimbingan Alejandro Sabella terus melancarkan serangan tetapi dihampakan dengan penyudah tumpul Rodrigo Palacio dan Maxi Rodriguez bagi mengatasi halangan terakhir, Cillesen.

Sumber: Olabola
Argentina jumpa Jerman di final. Argentina jumpa Jerman di final. Reviewed by Unknown on July 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.