Seo Services

Argentina hilang penyokong gara-gara sokong Israel


"Jangan Tangisi Kekalahan Brazil, Tangisilah apa yang berlaku sekarang di Gaza" demikian beberapa slogan berserta poster yang dimuat naik di laman sosial ekoran serangan rejim zionis bertali arus di Gaza.

Demam bola sepak Piala Dunia kemudiannya bercampur baur, rata-rata penyokong menukar mood mereka apabila melahirkan rasa tidak puas hati dan marah kepada rejim zionis Israel kerana telah mencemari bulan suci Ramadhan dengan melalukan pertumpahan darah.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh media arus perdana, malah ada juga yang dipetik daripada laman web turut menyiarkan beberapa keping gambar yang menyayat hati, kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa dibunuh kejam oleh peluru-peluru Israel.

Dalam pada itu, beberapa keping gambar juga telah mencuri tumpuan, antaranya Messi penyerang Argentina dilihat menyokong Israel secara terang-terang.

Hal ini sekaligus menyebabkan beberapa penyokong negara Argentina beralih sokongan apabila bertindak menyokong Jerman pada Final Piala Dunia tidak lama lagi. Dalam komen peminat Argentina yang dipetik di laman sosial menyatakan, "Disebabkan Messi sokong Israel, secara automatiknya saya menyokong Jerman pada Final nanti".

Argentina hilang penyokong gara-gara sokong Israel Argentina hilang penyokong gara-gara sokong Israel Reviewed by Unknown on July 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.