Bak kata pepatah 'cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar'. Akibat tidak berhati-hati melemparkan kata-kata boleh menyebabkan perasaan orang lain tersinggung.
Hal ini terjadi kepada pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, yang membuat keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan susulan penyakit kanser ususnya di sebuah hospital berikutan keceluparan dan sikap biadap seorang doktor yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
"Pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu," ujar Enot mengulang kembali kata-kata doktor tersebut.
Sebagai seorang doktor sepatutnya menjadi seorang yang membantu pesakitnya dalam apa jua keadaan bukannya menghina.
Perkara tersebut terjadi selepas dia enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran bagi mengubati penyakit tersebut.
"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya."
Menurut Enot lagi, antara sebab dia tidak mahu untuk menjalani rawatan kerana trauma berikutan kegagalan kaedah rawatan tersebut terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.
"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.
Bagaimanapun, Enot tetap pasrah dan redha jika ajalnya sudah sampai, tetapi dia tetap menitikberatkan soal kesihatannya dengan menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga.
Selain itu, dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.
"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti." - sarawakiana
Tindakan biadap doktor terhadap Enot
Reviewed by Unknown
on
July 11, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 11, 2014
Rating:

No comments: