Seo Services

Gara-gara cuba beri kesedaran tentag Gaza, Emma Maembong dihentam

 
Pelakon Emma Maembong telah memuat-naik satu gambar yang mengaitkan tentang Piala Dunia dan serangan Israel terhadap Gaza di Instagramnya. 
Melalui kata-kata dalam gambar tersebut, Emma seolah-olah mempersoalkan kenapa tiada siapa yang peduli apabila setiap satu jam sebanyak 7 umat Islam dibunuh tetapi msyarakat lebih tertumpu kepada kekalahan Brazil 1-7 kepada German baru-baru ini?
 
Namun ramai yang mengkritik tindakan Emma itu. Ramai yang menyelar dan meminta Emma agar lebih sensitif kerana tak semestinya menonton bola, tidak prihatin terhadap apa yang berlaku di Gaza. Tidak muat-naik gambar berperang, tidak bermaksud tidak ambil tahu dan sekadar muatnaik gambar adakah bermakna sudah cukup membuktikan anda prihatin.
Tapi masih ada juga yang menyokong tindakan Emma dan berterima kasih kerana mengingatkan. Alangkah baiknya jika diambil apa yang dikongsikan Emma atau sesiapa sahaja tentang Gaza itu dengan cara yang positif.
 
Namun suka juga diingatkan buat mereka yang suka pula muat-naik dan bercerita hal-hal Paestine ini agar tidak mudah bersangka buruk pada yang lain. Mereka tidak muat-naik gambar berperang, tak bermakna mereka tak ambil tahu. Apa yang penting berdoalah di atas sejadah, bukan sekadar berdoa dari atas keyboard semata.-Sensasi Malaysia
 
Gara-gara cuba beri kesedaran tentag Gaza, Emma Maembong dihentam Gara-gara cuba beri kesedaran tentag Gaza, Emma Maembong dihentam Reviewed by uMieySurianie on July 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.