Seo Services

Halau Kutu Di Kepala

Kutu di kepala sering kali menjangkiti kanak-kanak dan kerapkali berlaku di sekolah berasrama penuh. Dan selalunya yang mudah terkena jangkitan kutu ialah kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.
 
Untuk menghilangkan kutu-kutu tersebut, anda bolehlah menyediakan empat ulas bawang putih dan minyak kelapa.
 
Setelah itu, empat ulas bawang putih tersebut ditumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa.
 
Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan sikat kutu.
 
Lakukan selalu sehingga tiada lagi kutu di kepala. Dengan menggunakan cara ini, kutu bukan sahaja hilang malah lebih selamat pada rambut anda.-MW
Halau Kutu Di Kepala Halau Kutu Di Kepala Reviewed by uMieySurianie on July 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.