Seo Services

Hamil Tidak Halang Almy Berpuasa

 
Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon suami isteri, Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang bakal menimang cahaya mata pertama apabila Almy kini mengesahkan dirinya sudah berbadan dua. 
 
"Alhamdulillah. Kehamilan saya masih di peringkat awal. Sepatutnya berita gembira tersebut saya tak mahu dedahkan dahulu kepada semua kerana kandungan masih baru.Tapi Aida adalah rakan baik saya, dan saya berkongsi berita ini dengan dia.
 
Saya faham, dia sebagai kawan turut rasa gembira dengan berita ini dan berkongsi kegembiraannya menerusi Instagram. Kalau boleh, saya enggan hebohkan berita ini, tapi perkara sudah berlaku. Jadi kini saya hanya berharap agar peminat-peminat di luar sana dapat mendoakan agar saya dan kandungan saya selamat dan baik-baik sahaja, Insya-Allah," ujar Almy yang dipetik daripada portal GUA. 
 
Biarpun tidak mendedahkan usia sebenar kandungannya, Almy  tetap bersyukur dan menganggapnya sebagai rezeki bulan Ramadan. Setakat ini dia juga masih mampu untuk berpuasa dan tidak berdepan sebarang alahan seperti ibu-ibu hamil lain. 
 
Untuk rekod, Fizz dan Almy telah sah bergelar suami isteri pada 26 April lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang.-MH
Hamil Tidak Halang Almy Berpuasa Hamil Tidak Halang Almy Berpuasa Reviewed by uMieySurianie on July 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.