PENYERANG sensasi Argentina, Lionel Messi menjelaskan dirinya tidak akan berpuas hati andai pasukannya tidak pulang dengan membawa trofi Piala Dunia.
Jelas bintang Barcelona itu, dirinya tidak sama sekali berasa puas membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir.
“Bagi kami, menjadi pasukan yang dapat menempatkan diri di pusingan separuh akhir adalah indah.
“Kami sudah meraih kejayaan tetapi saya masih belum puas. Saya mahu lebih lagi daripada apa yang kami peroleh setakat ini,” katanya.
Argentina menempatkan diri di kalangan empat pasukan terbaik mengiringi Brazil, Belanda dan Jerman selepas menumpaskan Belgium, 1-0, awal pagi kelmarin.
Skuad bimbingan Alejandro Sabella selepas ini akan berdepan laluan sukar di peringkat separuh akhir menentang skuad bimbingan Louis van Gaal, awal pagi Khamis ini.
Di atas kertas, Argentina merupakan satu-satunya pasukan yang melangkah ke pusingan separuh akhir dengan merekodkan kemenangan sama ada dalam tempoh 90 mahupun 120 minit.
Manakala laluan Belanda ke pusingan separuh akhir penuh berliku, di mana terpaksa berdepan dengan penentuan sepakan penalti ketika menentang Costa Rica.-Sinar Harian

Messi hanya puas jika menang
Reviewed by uMieySurianie
on
July 08, 2014
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
July 08, 2014
Rating:

No comments: