Seo Services

Pesawat AirAsia tergelincir di lapangan terbang Brunei


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat AirAsia hari ini tergelincir di landasan Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei.

AirAsia, yang mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang.

“Kesemua penumpang dan krew di dalam pesawat itu telah keluar dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan yang dilaporkan.

“Kakitangan perkhidmatan kami sedang kini sedang menjaga keperluan semua penumpang berkenaan.

“Pasukan kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengenal pasti punca kejadian ini, dan AirAsia akan menyediakan maklumat terkini,” kata kenyataan itu.

Pesawat AK278 itu membawa 102 penumpang dan tujuh krew.

Sementara itu, gambar kejadian itu tersebar dengan meluasnya di laman Twitter.



Pesawat AirAsia tergelincir di lapangan terbang Brunei Pesawat AirAsia tergelincir di lapangan terbang Brunei Reviewed by Unknown on July 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.