Seo Services

Harimau Malaya kesuntukan masa

 
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh mengakui tempoh persiapan sebelum perlawanan persahabatan bertemu Tajikistan pada 8 Ogos ini di Dushanbe terlalu singkat.

Namun dia tetap mengharapkan komitmen padu semua 23 pemain yang akan memulakan latihan pusat esok.      
 
Terlalu singkat, kita cuma ada empat hari sebelum berangkat ke Tajikistan. Jadi tidak banyak yang dapat dilakukan selain mengharapkan pengalaman dan keserasian yang sudah ada antara barisan pemain untuk mengharungi cabaran ini, katanya.

Sebenarnya saya mempunyai perancangan lebih jauh untuk pasukan kebangsaan di mana pemilihan sebenar adalah ketika saingan Piala Malaysia nanti dan juga ketika temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Banyak lagi bakal diuji

Senarai pemain yang ada sekarang adalah untuk perlawanan ini saja dan selepas itu lebih ramai pemain akan dipanggil untuk diuji. Setakat ini saya mempunyai beberapa nama untuk dinilai tetapi dalam tempoh singkat ini saya terpaksa mengharapkan pemain yang sudah biasa bersama.

Dollah yang juga bekas pengendali PDRM berharap, semua 23 pemain yang disenaraikan itu akan melaporkan diri esok. Pada masa sama, dia juga meminta pemain dalam senarai simpanan turut bersedia.
Setakat ini belum ada yang memohon pengecualian, kena tunggu Jumaat (esok) nanti, katanya. Ingin saya tegaskan, walaupun rata-rata pemain yang dipanggil adalah mereka yang sering mewakili negara, tidak semestinya kedudukan mereka terjamin untuk skuad kebangsaan.

Saya akan membuat pemilihan lebih teliti sebaik Piala Malaysia bermula dan peluang terbuka kepada sesiapa saja yang dilihat berpotensi. Sasaran saya ialah membentuk skuad yang mantap sebelum Piala Suzuki AFF yang bermula November ini.-BH
Harimau Malaya kesuntukan masa Harimau Malaya kesuntukan masa Reviewed by uMieySurianie on July 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.