Seo Services

Harus proaktif dalam usaha cegah jenayah.

Photo: MASYARAKAT TEBEDU DISARAN PROAKTIF SALUR MAKLUMAT DALAM USAHA CEGAH JENAYAH

23 Julai-Serian: Masyarakat Tebedu yang tinggal di 10 buah kampung berhampiran dengan sempadan disaran proaktif dalam penyaluran maklumat kepada polis dalam usaha pencegahan jenayah terutamanya berkaitan jenayah lintas sempadan.

 SAC Dato Isa Munir, Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am berkata mereka merupakan mata dan telinga kerajaan dan kerjasama yang sedia terjalin erat antara polis dan masyarakat di situ wajar diteruskan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk berkekalan.

“Sebelum berlaku elok kita cegah. Jenayah ini terjadi apabila penjenayah itu melihat ada peluang, keupayaan dan keinginan untuk melakukannya. Apatah lagi negeri Sarawak negeri yang luas berbanding semenanjung. Bilangan anggota kita tidak ramai. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang tinggal berhampiran sempadan ini disaran menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat untuk siasatan polis.Ini penting bagi pencegahan jenayah terutamanya berkaitan ancaman kepada negara dan jenayah lintas sempadan seperti penyeludupan barang bercukai, senjata api, bahan letupan dan manusia” ujarnya.

Beliau berkata begitu ketika berucap sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi-Agensi Kerajaan dan Masyarakat Daerah Kecil Tebedu di perkarangan Surau Darul Syahadah, Kompleks ICQS Tebedu petang semalam.

Katanya lagi kemasukan pendatang tanpa izin yang masuk ke negara ini berpotensi membawa penyakit berjangkit dan masalah sosial.

 Selain ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua jabatan, ACP Zahari, Timbalan Komander Briged Sarawak dan Supt. Soh Hock Sing, Pegawai Pemerintah Batalian 11 Batu Kawah juga hadir memeriahkan majlis itu.

Dalam pada itu, Ahmad Han, 65 tahun, penghulu Kawasan Tebedu menyifatkan program yang julung kali diadakan itu begitu bermakna kepada masyarakat setempat khususnya 19 orang balu dan fakir miskin dari Kampung Darul Iman dan Darul Huda yang menerima sumbangan raya yang disampaikan oleh Komander Briged Sarawak.
foto RTMSarawak.
SERIAN: Penduduk dari kawasan sekitar Tebedu yang meliputi 10 buah kampung haruslah bersikap lebih proaktif didalam memberi maklumat kepada pihak polis diatas usaha pencegahan jenayah terutamanya hal-hal serta maklumat mengenai jenayah lintas sempadan.

Komander PGA Briged Sarawak, SAC Dato Isa Munir berkata mereka (penduduk) merupakan mata dan telinga bagi pihak kerajaan. Dalam pada itu juga, kerjasama di antara mereka yang terjalin erat antara pihak polis dan masyarakat disitu khususnya wajarlah diteruskan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di sekitar.

“Sebelum berlaku elok kita cegah. Jenayah ini terjadi apabila penjenayah itu melihat ada peluang, keupayaan dan keinginan untuk melakukannya. Apatah lagi negeri Sarawak negeri yang luas berbanding semenanjung. Bilangan anggota kita tidak ramai. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang tinggal berhampiran sempadan ini disaran menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat untuk siasatan polis.Ini penting bagi pencegahan jenayah terutamanya berkaitan ancaman kepada negara dan jenayah lintas sempadan seperti penyeludupan barang bercukai, senjata api, bahan letupan dan manusia” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi-Agensi Kerajaan dan Masyarakat Daerah Kecil Tebedu di perkarangan Surau Darul Syahadah, Kompleks ICQS Tebedu petang semalam.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin yang masuk ke negara ini berpotensi membawa penyakit berjangkit dan masalah sosial.

Dalam pada itu, penghulu kawasan Tebedu menyifatkan program yang julung kali diadakan tersebut sebagai begitu bermakna kepada penduduk setempat khususnya.

Seramai 19 orang ibu tunggal dan fakir miskin dari Kampung Darul Iman dan Darul Huda menerima sumbangan raya yang disampaikan oleh Komander PGA Briged Sarawak.

Turut hadir Timbalan Komander Briged Sarawak ACP Zahari, Pegawai Pemerintah Batalion 11 Batu Kawah Supt. Soh Hock Peng ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua jabatan.

SUMBER: RTMSarawak.
Harus proaktif dalam usaha cegah jenayah. Harus proaktif dalam usaha cegah jenayah. Reviewed by Unknown on July 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.