Seo Services

Hasil buku tentang masa lampau.


KUCHING - Golongan elit Bidayuh perlu memainkan peranan penting ke arah meningkatkan kemajuan komuniti mereka, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Beliau berkata sebagai tulang belakang komuniti Bidayuh, mereka perlu menggabungkan usaha dan buah fikiran untuk meghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada komuniti itu, tanpa mengharapkan inisiatif ahli politik semata-mata.

"Harap-harap, kita akan dapat menghasilkan buku yang membicarakan tentang masa lampau, masa kini dan masa depan orang Bidayuh menjelang September tahun depan melalui usaha sama antara Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Persatuan Siswazah Bidayuh (BGA)" katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Bidayuh Dunia ke-10 di Kelab Golf Sarawak di sini semalam.

Beliau juga menggesa anggota komuniti Bidayuh menyumbang kepada tabung pembinaan hotel bajet 60 bilik yang dicadangkan di ibu pejabat DBNA di sini untuk menjana pendapatan bagi persatuan itu.

Sementara itu, Maget Semong merampas Trofi Rebutan Datuk Seri Michael Manyin daripada juara tahun lepas Dominic Josip setelah meraih 77 mata kasar, manakala Andrew Ngisun menjulang Trofi Rebutan Presiden DBNA dengan mengumpul 64 mata bersih. - Bernama
Hasil buku tentang masa lampau. Hasil buku tentang masa lampau. Reviewed by Unknown on July 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.