Seo Services

Bintang-bintang lain bersimpati dengan Neymar.


Bintang-bintang bola sepak dunia telah menunjukkan perasaan simpati mereka terhadap penyerang Brazil Neymar yang bakal terlepas baki persaingan Piala Dunia tahun ini. 

Pemain berumur 22 tahun tersebut mengalami kecederaan tulang belakang selepas diasak oleh Juan Camilo Zuniga semasa kemenangan 2-1 Brazil ke atas Colombia dalam peringkat suku-akhir.

Neymar muncul sebagai tonggak utama Brazil dengan catatan sebanyak empat gol setakat ini dan ketiadaannya sudah pasti akan dirasai apabila pasukan tuan rumah tersebut bertemu Jerman dalam peringkat separuh-akhir.

Susulan berita yang mengecewakan itu, rakan sepasukan Neymar, Fred bersama beberapa bintang bola sepak lain telah melahirkan perasaan simpati mereka.

"Kami mempunyai satu lagi sebab untuk beraksi sedaya upaya dalam persaingan ini. Awak merupakan jiwa pasukan ini dan seluruh Brazil sedang berdoa untuk mu", kata Fred di laman media sosial, Facebook.

Manakala dua rakan sepasukannya yang lain dalam pasukan Brazil, Jo dan Paulinho turut menunjukkan sokongan mereka melalui mesej, "Kami berjaya meraih kemenangan yang penting tetapi turut mengalami satu kehilangan besar.

Neymar, kami akan sentiasa bersamamu. Jangan putus asa, bro."

Dan ia bukan hanya rakan sepasukan Neymar di Brazil yang berasa simpati terhadap pemain tersebut malah temannya di Barcelona, Lionel Messi turut menghantar mesej berikut, "Neymar, saya berharap anda cepat pulih! Jaga diri, kawanku."

Meskipun Brazil bakal menentang Jerman bagi meraih tempat dalam aksi final, dua orang pemain pasukan lawan tersebut turut sedih dengan nasib yang menimpa Neymar. 

"Neymar, saya tidak gembira. Semoga anda cepat pulih," ujar Mesut Ozil dan Lukas Podolski pula berkata, "Gembira dengan kemenangan kami (1-0 menentang Perancis), tidak sabar untuk berdepan Brazil, sedih dengan keadaan Neymar. Harap anda cepat pulih."

Beberapa mesej lain: Presiden Brazil, Dilma Rouseff "Semua sokongan kami adalah untuk Neymar #ForcaNeymar."

Bekas pemain Brazil, Gilberto Silva "Harap anda pulih cepat. Semoga Tuhan merahmati anda."

Supermodel, Gisele Bundchen "Jangan berputus asa Neymar. Kami berdoa yang anda akan pulih cepat #ForcaNeymar."

Pemain Itali, Mario Balotelli "Saya bersama anda! Forza Neymar!"

Sumber: OlaBola.
Bintang-bintang lain bersimpati dengan Neymar. Bintang-bintang lain bersimpati dengan Neymar. Reviewed by Unknown on July 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.