Seo Services

Imam ditembak ketika solat


BANGKOK, THAILAND - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah masjid di wilayah bergolak, selatan negara, hari ini, mengorbankan seorang lelaki manakala seorang lagi cedera, sehari selepas umat Islam negara ini menjalani ibadat berpuasa.

Menurut polis Leftenan Kolenel Somchai Janyoung, serangan yang berlaku sebelum waktu subuh itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah di wilayah Pattani yang menjadikan timbalan ketua kampung sebagai sasaran, tetapi mengenai seorang imam yang berusia 66 tahun.

"Lelaki yang meninggal dunia itu merupakan imam di masjid berkenaan.Dia cedera teruk akibat kesan tembakan, manakala seorang lagi mangsa yang cedera merupakan penolong ketua kampung dan sempat melarikan diri serta mengalami luka kecil di kakinya," kata Somchai.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan dengan tepat jumlah lelaki bersenjata di lokasi kejadian. - AFP


Imam ditembak ketika solat Imam ditembak ketika solat Reviewed by Unknown on July 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.