Seo Services

Jabatan Laut Sarawak sasar jadikan lepasan SPM, nelayan pelaut terlatih

SIBU - Jabatan Laut Sarawak menyasarkan lepasan baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan nelayan pantai berusia 40 tahun ke bawah untuk dijadikan pelaut terlatih.

Pengarahnya, Zahidin Dor berkata, ia bertujuan mengatasi masalah kekurangan pelaut yang begitu meruncing di Sarawak dan Sabah ketika ini.

"Kami memerlukan kira-kira 30,000 pelaut lagi. Kami masih tidak dapat mencapai jumah itu sejak lebih 40 tahun lepas.

"Sebab itulah, syarikat perkapalan terus mengambil warga asing,” katanya kepada pemberita selepas program jerawara untuk memperkenalkan Konvensyen Tenaga Kerja Maritim 2006 kepada pemilik kapal dan syarikat perkapalan tempatan.

Zahidin berkata, kekurangan tersebut boleh menjejaskan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maritim menjelang 2020. - Bernama

Jabatan Laut Sarawak sasar jadikan lepasan SPM, nelayan pelaut terlatih Jabatan Laut Sarawak sasar jadikan lepasan SPM, nelayan pelaut terlatih Reviewed by Admin on July 23, 2014 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.