Seo Services

Majlis Belia Sibu anjur malam peringati mangsa tragedi MH17

SIBU - Majlis Belia Sibu akan menganjurkan malam untuk memperingati mangsa tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di padang bandaran, di sini Sabtu ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Ellen Yu berkata, acara itu memberi peluang kepada penduduk bandar ini untuk sama-sama berdoa dan mengingati 298 mangsa, terutama 43 rakyat Malaysia, yang terkorban apabila pesawat berkenaan ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lepas.

"Pelbagai pihak menyuarakan kesedihan mereka atas pemergian mangsa yang tidak bersalah.

"Jadi, saya berpendapat dengan menganjurkan suatu malam untuk memperingati mereka, akan memberi peluang kepada orang ramai untuk berkumpul bagi menzahirkan kesedihan, sokongan dan simpati mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yu berkata, acara itu dijangka disertai 1,000 orang dan mereka yang hadir diminta berpakaian hitam serta membawa lilin dan bunga.

"Gelang dan lilin tambahan akan diedar pada majlis itu. Orang ramai juga boleh menulis mesej sokongan masing-masing dan meletakkan lilin atau bunga di tempat yang dikhaskan,” katanya. - Bernama

Majlis Belia Sibu anjur malam peringati mangsa tragedi MH17 Majlis Belia Sibu anjur malam peringati mangsa tragedi MH17 Reviewed by Admin on July 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.