KUCHING - Masalah kesesakan yang kerap berlaku di kawasan Petra Jaya di sini khususnya di bulatan Datuk Kipali Bin Abang Akip dijangka dapat diselesaikan dengan pembinaan projek jambatan bawah (underpass) bernilai hampir RM50 juta.
Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, projek tersebut telah mendapat kelulusan kerajaan negeri dan diharap pembinaannya dapat dimulakan secepat mungkin.
Katanya, projek tersebut turut membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan permintaan penduduk untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan berkenaan seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
"Kita (kerajaan) tidak pernah menghalang pembangunan bagi kebajikan rakyat. Sebelum ini, kita tidak mempunyai peruntukan bagi projek tersebut.
"Pembinaan jambatan bawah ini dijangka dimulakan Januari tahun depan dan siap dalam tempoh enam bulan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri di Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang di sini semalam.

Jambatan Underpass RM50j akan dibina atasi kesesakan di Petra Jaya
Reviewed by Unknown
on
July 22, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 22, 2014
Rating:

No comments: