KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan agensinya iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen untuk menentukan lokasi baharu bagi pembinaan pos kawalan sempadan dan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sepanjang 2,100 km sempadan Sarawak-Kalimantan.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata walaupun keadaan keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan terkawal, lokasi baharu dirasakan perlu memandangkan jarak sempadan yang panjang itu boleh menyebabkan ia dibolosi oleh mana-mana pihak dengan mudah.
"Jarak sempadan yang panjang ini boleh dibolosi mana-mana pihak, ini antara punca menyebabkan wujud 'jalan-jalan tikus' dan kini wujud pula 'jalan-jalan gajah'.
Walaupun keadaan di sempadan terkawal hasil kawalan polis, tentera dan imigresen, kita tidak boleh abai aspek keselamatan, kerana penting supaya tiap-tiap orang yang masuk dan keluar dari negara (Malaysia) ini mesti ada rekod keluar dan masuk," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mendengar taklimat keselamatan sempadan oleh polis dan imigresen di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK), Sarawak, di sini Isnin.
Turut hadir Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dr Chai Khin Chung dan Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak Datuk Robert Lian.- BERNAMA
KDN Cadang Tambah Pos Kawalan Dan CIQ Di Sempadan Sarawak-Kalimantan
Reviewed by Unknown
on
July 22, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 22, 2014
Rating:

No comments: