Seo Services

'Kelemahan' sesetengah lelaki yang kita tak nampak

Bagi seseorang wanita, mesti cemburu bila melihat golongan lelaki yang nampak senang berpakaian. Hendak menunggang motor ke mana-mana pun senang.
 
Di hati seseorang wanita mesti pernah terdetik "kan best kalau dapat dilahirkan semula sebagai lelaki". Tak semestinya jadi seorang lelaki itu seronok tetapi sebaliknya.
 
Lelaki juga ada kelemahannya. Antaranya ramai yang tidak tahu bahawa kaum lelaki hanya mampu membuat satu hal dalam satu masa. Lelaki hanya mampu melakukan satu-satu perkara sahaja dalam satu masa.
 
Otak lelaki tidak sama dengan otak perempuan yang mampu melakukan banyak perkara dalam satu masa.
 
Selain itu, insan yang bergelar lelaki ini suka pendam perasaan. Bila ada masalah atau stres, lelaki cenderung memendam sendiri perasaannya kerana bagi mereka mengadu dan meluahkan perasaan itu sesuatu yang tabu.
 
Hal ini sangat berbeza dengan kaum wanita yang mampu menghilangkan stressnya hanya dengan shopping atau makan coklat. Kalau mengadu masalah dengan sahabat berjam-jam pun pasti akan mendengar dan tidak akan mengatakan bahawa mereka lemah.
 
Ramai juga yang berpendapat bahawa sukar untuk jumpa lelaki yang teratur dan teliti. Kebanyakan mereka selalunya gelabah dan tidak suka mengemas. Sebab itulah kadang-kadang benda yang di depan mata pun tidak jumpa.
 
Tetapi wanita pula, memang dilahirkan untuk suka kepada kekemasan dan kecantikan serta teratur.
'Kelemahan' sesetengah lelaki yang kita tak nampak 'Kelemahan' sesetengah  lelaki yang kita tak nampak Reviewed by uMieySurianie on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.