KUCHING - Telekom Malaysia (TM) menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit ekoran kegiatan mencuri kabel yang berlaku di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.
Pengurus Besar TM Sarawak, Sarbini Hamdan berkata, pihaknya bukan sahaja menanggung kerugian, malah pelanggan juga berdepan dengan masalah kesan daripada kegiatan itu.
"Yang kita kesalkan adalah masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Misalnya ketika berhadapan situasi penting, 'hidup atau mati' yang mana mereka perlu menghubungi talian kecemasan, tetapi pada masa sama perkhidmatan TM tidak dapat digunakan kerana kecurian kabel.
"Situasi inilah yang paling kita risaukan," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis Bersahur TM Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Zekiosk, Tebingan Kuching, baru-baru ini.
Menurut Saibini, pihaknya mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga tujuh hari untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku, bergantung kepada kedudukan sesuatu kawasan tersebut.
"Buat masa ini, kawasan yang paling kerap berlaku kes kecurian kabel adalah di Muara Tabuan iaitu lebih daripada 100 kali," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, sehingga Julai lalu, kes kecurian kabel TM telah menurun sehingga 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat enam kes sahaja dilaporkan setakat ini berbanding 12 kes pada tahun lepas dengan tujuh suspek ditahan dan dua daripadanya telah dituduh di mahkamah," jelasnya.
Kes curi kabel, TM rugi jutaan ringgit
Reviewed by Unknown
on
July 22, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 22, 2014
Rating:

No comments: