Seo Services

Lelaki ditahan bantu kes pemilik pusat karaoke parah ditetak

NIBONG TEBAL - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemilik pusat karaoke cedera parah diserang tiga lelaki bersenjatakan parang di hadapan premis hiburan itu di Simpang Ampat, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Bukit Tambun, dekat sini pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

"Lelaki yang ditahan dan bekerja sebagai peniaga itu bukan seorang daripada yang menyerang mangsa tetapi kami percaya kejadian itu akibat perselisihan faham antara mangsa dan lelaki yang ditahan itu melibatkan masalah hutang,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan menyebabkan kecederaan parah itu kini direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemilik pusat karaoke berusia 56 tahun cedera selepas ditetak di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini. - Bernama

Lelaki ditahan bantu kes pemilik pusat karaoke parah ditetak Lelaki ditahan bantu kes pemilik pusat karaoke parah ditetak Reviewed by Admin on July 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.