Seo Services

Pembangunan Luar Bandar Tetap Jadi Agenda Utama Sarawak - Awang Tengah

LIMBANG, 9 Julai (Bernama) -- Sarawak tidak akan mengabaikan pembangunan infrastruktur luar bandar dan perkampungan pesisir pantai dan sungai walaupun berdepan cabaran kos yang besar dan kedudukan kawasan terpencil.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sebagai contoh, projek Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) Kampung Limpaku Pinang, yang merupakan kampung pesisiran sungai di sini, adalah bukti komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membangun kawasan walaupun tempoh projek untuk siap mengambil masa lama.

"Projek BELB Kampung Limpaku Pinang bernilai RM4.8 juta dan bermula pada 2009...kampung ini hanya dapat dihubungi melalui sungai," katanya semasa merasmikan projek BELB Kampung Limpaku Pinang di sini, Rabu.

Awang Tengah berkata kini penduduk Kampung Limpaku Pinang, yang dianggarkan lebih 300 orang, boleh menikmati bekalan elektrik 24 jam dan boleh menyambut Aidil Fitri hujung bulan ini dengan lancar.

Beliau turut mencadangkan penduduk Kampung Limpaku Pinang menceburi bidang pelancongan menerusi program inap desa dan pemerosesan pelbagai produk ikan bagi menambah sumber pendapatan berikutan adanya bekalan elektrik.-- BERNAMA

Pembangunan Luar Bandar Tetap Jadi Agenda Utama Sarawak - Awang Tengah Pembangunan Luar Bandar Tetap Jadi Agenda Utama Sarawak - Awang Tengah Reviewed by Admin on July 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.