Seo Services

Masyarakat Bidayuh Diminta Tidak Berpecah Oleh Perbezaan Politik

KUCHING, 1 Julai (Bernama) -- Lebih 200,000 masyarakat Bidayuh diminta tidak menggunakan perbezaan politik untuk memecah-belahkan mereka.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin berkata masyarakat tersebut berpecah dengan tujuh wakil (dua anggota Parlimen dan lima anggota Dewan Undangan Negeri) dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Justeru itu beliau yang juga penasihat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) menyeru masyarakat Bidayuh untuk menggunakan persatuan itu sebagai landasan bagi mereka bersatu.Beliau meminta mereka untuk menyertai dan menyokong aktiviti DBNA.

"DBNA bukan pertubuhan politik dan apa yang dilakukan dalam persatuan adalah untuk manfaat masyarakat tersebut.

"Oleh itu lupakan perbezaan politik, kerana jika kita memecah-belahkan diri kita, masyarakat Bidayuh tidak akan menjadi kuat.

Kita hanyalah masyarakat kecil, jadi kita perlu bersatu," katanya kepada anggota jawatankuasa penganjur Kejohanan Golf Bidayuh Sedunia pada majlis penyerahan trofi cabaran beliau untuk kejohanan itu, pada Isnin.

Presiden DBNA, Datuk Ik Pahon Joyik berkata kejayaan persatuan itu tidak bergantung kepada seorang individu tetapi masyarakat secara keseluruhan.

DBNA akan merayakan 60 tahun penubuhannya September ini.

Beliau berkata persatuan itu akan melaksanakan beberapa projek termasuk cadangan pembinaan 60 bilik hotel bajet.-- BERNAMA

Masyarakat Bidayuh Diminta Tidak Berpecah Oleh Perbezaan Politik Masyarakat Bidayuh Diminta Tidak Berpecah Oleh Perbezaan Politik Reviewed by Admin on July 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.