Amerika Syarikat hari ini mengeluarkan amaran keras berkaitan dengan insiden MH17. Presiden Amerika Barack Obama menegaskan jangan ada sesiapa berani atau cuba mengubah sebarang bukti nahas pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di Ukraine.
Obama dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko dilaporkan telah bersetuju mengenai perkara itu dalam satu perbualan telefon. Ini bagi mengelakkan bukti dari serpihan pesawat diusik atau ditutup dalam insiden yang dipercayai berpunca dari tembakan peluru berpandu.
Menurutnya, siasatan menyeluruh dan telus hendaklah dijalankan.
Obama turut memberi jaminan kepada Poroshenko, pakar-pakar Amerika Syarikat akan memberikan bantuan serta merta bagi menyiasat punca pesawat itu terhempas bersama 298 penumpang.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh White House itu bagi melahirkan kebimbangan tentang kemugkinan pihak pemberontak Ukraine yang pro Russia akan cuba mengubah bukti dari serpihan pesawat bagi mengelak dari dipersalahkan.
Sehubungan itu, Presiden Obama mengadakan mesyuarat keselamatan bersama pasukan keselamatan negara Amerika, termasuk Ketua Staf White House Denis McDonough, Pengarah CIA John Brennan dan beberapa pegawai perisikan dan polisi luar negara.
#MH17: Amerika beri amaran, jangan ubah bukti pesawat ditembak
Reviewed by Admin
on
July 18, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
July 18, 2014
Rating:

No comments: