
15 keluarga telah tinggal sehelai sepinggang akibat daripada insiden berkenaan kerana gagal menyelamatkan barangan keperluan seharian dan barangan penting.
Ketika ditemui, Ketua Bomba Zon Limbang Encik Annuar Shadzat Marzuki bahawa pihak mereka telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.15 pagi dan pihaknya tiba di tempat kejadian lima minit selepas panggilan tersebut dibuat.
Kekuatan keseluruhan anggota seramai 59 orang yang dianggotai oleh pihak bomba dan juga telah dibantu oleh pasukan sukarelawan bomba dari kampung Seberang Kedai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Proses pemadaman api selama lebih kurang 30 minit itu dan berjaya dikawal menggunakan 3 pam air. Dalam pada itu, penduduk kampung yang ditemui rata-rata melahirkan rasa sedih dan simpati diatas musibah yang menimpa mereka disaat mereka sedang mula membuat persediaan bagi menyambut kedatangan aidilfitri yang bakal tiba seminggu dari dari sekarang.
Mereka juga melahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak-pihak yang berkenaan.
Gambar sekitar kebakaran Kampung Seberang Kedai:-


Sumber: RTMSarawak.
15 keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah musnah dijilat api.
Reviewed by Unknown
on
July 18, 2014
Rating:
No comments: