Seo Services

Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak lancar Tabung Ihsan Palestin.


KUCHING: Majlis Pelancaran Ihsan Palestin yang dianjurkan oleh pihak Lembaga Kebajikan Masjid Negeri Sarawak telah dilancarkan oleh Tun Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud di Masjid Jamek Negeri Sarawak hari ini selepas solat Jumaat.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ketua Menteri Sarawak , Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Amar Adenan Haji Satem, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Ir. Haji Daud bin abdul Rahman, serta menteri-menteri dan tetamu kehormat yang lain.



Menurut Datuk Ir. Haji Daud bin Abdul Rahman dipetik berkata, tabung ihsan ini dilancarkan sebagai tanda simpati bagi membantu meringankan kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin ketika ini.

"Kita juga berasa marah diatas tindakan kejam Israel keatas rakyat Palestin, jadi demikian kita telah memikirkan bermacam-macam cara bagaimana mahu membantu mereka" ujarnya.

"cara yang terbaik yang difikirkan adalah mengutip dana bagi membantu Palestin, oleh itu kita di Sarawak telah melancarakan Tabung Ihsan Palestin.."

"Saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada seluruh warga negeri Sarawak tidak mengira bangsa,agama dan keturunan tampil kehadapan untuk menderma kepada Tabung Ihsan Palestin ini."
Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak lancar Tabung Ihsan Palestin. Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak lancar Tabung Ihsan Palestin. Reviewed by Unknown on July 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.