![]() |
| Foto: RTMSarawak. |
SIBU: Akibat cemburu membabi buta seorang pekerja di kem pembalakan Serrbery Selih anak Kaya,22 tetiba berang dan telah membunuh isterinya Jara anak Jimbat,52 tahun.
Hal ini terjadi apabila berlakunya perselisihan faham antara suspek dan mangsa apabila suspek telah mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Akibat berang suspek telah hilang kawalan dan mangsa telah dipijak sebelum dikelar di leher dengan menggunakan sebilah parang.
Kejadian yang berlaku pada lebih kurang pada jam 1.30 petang itu di sebuah flat yang terletak di Sibujaya.
Difahamkan mangsa telah mendirikan rumahtangga bersama suspek mengikut adat Iban pada dua tahun yang lalu dan telahpun dikurniakan seorang anak.
Mangsa yang cuba melarikan diri kemudiannya rebah di kaki lima koridor flat tersebut sebelum mati ditempat kejadian.
Suspek yang kemudiannya bergegas menuju ke Balai Polis Sibu untuk menyerah diri dan mengaku bahawa dirinya sudah gila dan senjata yang digunakan untuk membunuh isterinya dibuang sewaktu dalam perjalanan ke balai polis.
Menurut Ketua Polis Sibu, ACP Kamal Kordi beliau telah mengesahkan mengenai penerimaan laporan berkenaan kes ini dan telah disiasat divawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: RTMSarawak.
Padah bila cemburu menguasai diri.
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2014
Rating:


"Serrbery Selih anak Kaya,22 tetiba berang dan telah membunuh isterinya Jara anak Jimbat,52 tahun."
ReplyDeletechief, betul ka umur sidak ya atau typo? macam jauh gilak beza..