KUCHING - Kira-kira 22,000 penjawat awam di bawah kerajaan negeri bakal mendapat 'durian runtuh' setelah kerajaan Sarawak bersetuju memberikan bonus khas sempena Hari Raya Aidilfitri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd. Morshidi Abdul Ghani berkata, keputusan tentang berapa jumlah bonus diberikan akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet negeri yang mungkin diadakan minggu depan.
"Dari segi jumlah, biasanya kita akan ikut kerajaan Persekutuan, namun tetap bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan laman sesawang Pusat Kecermerlangan Teknikal (CTE) di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.
Menurut Morshidi, sudah menjadi amalan sebelum ini, jumlah bonus yang diberikan kepada kira-kira 22,000 kakitangan awam di negeri ini adalah sama dengan kerajaan Persekutuan.
Sarawak merupakan negeri ketiga yang mengikut jejak kerajaan Persekutuan memberi bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awamnya selepas Selangor dan Pulau Pinang.
Penjawat awam di bawah kerajaan negeri Sarawak dapat "durian runtuh Hari Raya"
Reviewed by Unknown
on
July 11, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 11, 2014
Rating:


Alhmdlh la klau ada bonus drpda krjn negeri, krana stahu sya yg dh bkidmat lebih 10 ni, sya belum pernah dpt apa2 bonus pn baik raya, gawai atau krismas drpda krjn negeri...sdangkn krjn ngeri srawak ni adalah penyumbag utama dlm ekonomi malaysia...
ReplyDeleteSya harap sumbngn utk rakyat trutama kakitgn d srwak ni akan dteruskn tahun ke tahun bgi mengenang n membalas jsa rakyat srwk yg terus2n menyokong krjaan...
biasanya bonus hari raya sebnarnya sebahagian dari bonus tahunan ...kalau tahun ni berlainan alhamdulillah
ReplyDeleteWAH BERAPA BONUS DAPAT OW
DeletewaH UNTUNG LA
ReplyDeleteDuit raya masuk gaji..sure kena cukai..hulur tgn kanan tgn kiri sakau..
ReplyDeleteyang dpt bonus ni kakitangan kerajaan negeri sarawak ja ka or goverment staff yg keja dlm negeri Sarawak?
ReplyDeleteutk kktgn kerjn negeri swk sahaja.kktgn dbwh kjn prsekutuan dpt bonus raya rm500 yg pak jip umumkn tu.sbgai contoh kktgn yg dbwh kjaan prsekutuan ialah askar dll
DeleteKerajaan neg swk Tolong buktikan...baru percaya!bru kmi smkin bbangga mnjd ank pribumi jati swk
ReplyDeleteDIHARAP GURU KAFA PUN AKAN MENDAPAT BONUS,, SEBAB NEGERI LAIN PN ADA BAGI BONUS KAT GURU KAFA MACAM KELANTAN, KEDAH
ReplyDeleteKalau ada yg prihatin nk beri bonus pada guru kafa..syukur..alhamdulillah..
Deletekakitangan hospital akan dapat ke bonus dari sarawak ni? kita kan berkhidmat di tempat yang sama..
ReplyDeleteterbaiklah Pak Nan... mun nya berik bonus klk.... :-)
ReplyDeleteTentera yg bekerja di negeri sarawak bukn di bwah kerajaan negeri sarawak ke?
ReplyDelete^^^ Boleh tahan bebal gak pertanyaan ko ni
ReplyDeleteCam ney kakitangan awam jati Sarawak yg dah BERPENCEN dpt sik kelak ooh
ReplyDelete