Seo Services

Penjawat awam di bawah kerajaan negeri Sarawak dapat "durian runtuh Hari Raya"


KUCHING - Kira-kira 22,000 penjawat awam di bawah kerajaan negeri bakal mendapat 'durian runtuh' setelah kerajaan Sarawak bersetuju memberikan bonus khas sempena Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd. Morshidi Abdul Ghani berkata, keputusan tentang berapa jumlah bonus diberikan akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet negeri yang mungkin diadakan minggu depan.

"Dari segi jumlah, biasanya kita akan ikut kerajaan Persekutuan, namun tetap bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan laman sesawang Pusat Kecermerlangan Teknikal (CTE) di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Menurut Morshidi, sudah menjadi amalan sebelum ini, jumlah bonus yang diberikan kepada kira-kira 22,000 kakitangan awam di negeri ini adalah sama dengan kerajaan Persekutuan.

Sarawak merupakan negeri ketiga yang mengikut jejak kerajaan Persekutuan memberi bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awamnya selepas Selangor dan Pulau Pinang.


Penjawat awam di bawah kerajaan negeri Sarawak dapat "durian runtuh Hari Raya" Penjawat awam di bawah kerajaan negeri Sarawak dapat "durian runtuh Hari Raya" Reviewed by Unknown on July 11, 2014 Rating: 5

15 comments:

  1. Alhmdlh la klau ada bonus drpda krjn negeri, krana stahu sya yg dh bkidmat lebih 10 ni, sya belum pernah dpt apa2 bonus pn baik raya, gawai atau krismas drpda krjn negeri...sdangkn krjn ngeri srawak ni adalah penyumbag utama dlm ekonomi malaysia...
    Sya harap sumbngn utk rakyat trutama kakitgn d srwak ni akan dteruskn tahun ke tahun bgi mengenang n membalas jsa rakyat srwk yg terus2n menyokong krjaan...

    ReplyDelete
  2. biasanya bonus hari raya sebnarnya sebahagian dari bonus tahunan ...kalau tahun ni berlainan alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAH BERAPA BONUS DAPAT OW

      Delete
  3. waH UNTUNG LA

    ReplyDelete
  4. Duit raya masuk gaji..sure kena cukai..hulur tgn kanan tgn kiri sakau..

    ReplyDelete
  5. yang dpt bonus ni kakitangan kerajaan negeri sarawak ja ka or goverment staff yg keja dlm negeri Sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk kktgn kerjn negeri swk sahaja.kktgn dbwh kjn prsekutuan dpt bonus raya rm500 yg pak jip umumkn tu.sbgai contoh kktgn yg dbwh kjaan prsekutuan ialah askar dll

      Delete
  6. Kerajaan neg swk Tolong buktikan...baru percaya!bru kmi smkin bbangga mnjd ank pribumi jati swk

    ReplyDelete
  7. DIHARAP GURU KAFA PUN AKAN MENDAPAT BONUS,, SEBAB NEGERI LAIN PN ADA BAGI BONUS KAT GURU KAFA MACAM KELANTAN, KEDAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yg prihatin nk beri bonus pada guru kafa..syukur..alhamdulillah..

      Delete
  8. kakitangan hospital akan dapat ke bonus dari sarawak ni? kita kan berkhidmat di tempat yang sama..

    ReplyDelete
  9. terbaiklah Pak Nan... mun nya berik bonus klk.... :-)

    ReplyDelete
  10. Tentera yg bekerja di negeri sarawak bukn di bwah kerajaan negeri sarawak ke?

    ReplyDelete
  11. ^^^ Boleh tahan bebal gak pertanyaan ko ni

    ReplyDelete
  12. Cam ney kakitangan awam jati Sarawak yg dah BERPENCEN dpt sik kelak ooh

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.