Perancang Belanda Arjen Robben berbangga dengan rakan sepasukannya walaupun tewas dan tersingkir dari pusingan separuh akhir Piala Dunia Fifa.
Skuad kendalian Louis Van Gaal ditewaskan 4-2 dari sepakan penalti di Arena de Sao Paulo, selepas perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan selepas tamat masa tambahan.
Robben mempunyai peluang terbaik di babak akhir waktu biasa untuk mengulangi usaha mereka empat tahun lalu dihalang oleh Javier Mascherano.
Pemain sayap Bayern Munich menegaskan kepada pasukannya untuk terus fokus bagi perlawanan penentu tempat ketiga menentang Brazil.
"Saya rasa kami perlu mengubah pemikiran kami dengan cepat," ujar Robben kepada NOS. "Kita telah berusaha yang terbaik sehingga ini, walaupun kecewa kerana tersingkir tetapi kami telah berikan yang terbaik."
Robben berjaya menyempurnakan sepakan penalti, tetapi penjaga gol Sergio Romero berjaya menampan keluar sepakan Ron Vlaar dan Wesley Sneijder.
Sumber:- OlaBola
Perit buat Robben.
Reviewed by Unknown
on
July 10, 2014
Rating:
No comments: