KATMANDU - Seorang remaja bunuh diri di timur Nepal selepas pasukan kegemarannya, Brazil kalah teruk kepada Jerman dalam pertandingan separuh akhir Piala Dunia.
Polis berkata pelajar perempuan tahun ke-10 itu mengalami kemurungan dan gantung dirinya di siling pada pagi semalam di kampung Bharaul, kira-kira 400 kilometer di timur Katmandu.
Remaja itu dikenal pasti sebagai Pragya Thapa. Ibunya menjumpainya tergantung dari siling di dalam biliknya.
Polis sedang menyiasat kes itu dan mayatnya dihantar untuk dibedah siasat. Brazil kalah 7-1 kepada Jerman dalam separuh akhir kelmarin. -AFP
Remaja perempuan bunuh diri selepas Brazil kalah teruk
Reviewed by Unknown
on
July 10, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 10, 2014
Rating:

No comments: