KUCHING - Empat siri operasi khas bagi penunggang motosikal akan dibuat melalui Op Sempena Hari Raya Aidilfitri 2014 yang dijalankan secara serentak di seluruh negara mulai 21 Julai hingga 5 Ogos depan.
Katanya, operasi tersebut bertujuan membendung kesalahan yang sering dilakukan oleh penunggang motosikal di negeri ini iaitu tidak mempunyai lesen, cukai jalan tamat tempoh dan pengubahsuaian motosikal.
"Ramai penunggang motosikal yang ditahan tidak mempunyai lesen dan memberi alasan leceh serta tidak mahu menyusahkan diri mengambilnya.
"Penunggang motosikal sepatutnya sedar bahawa lesen itu umpama nyawa kerana jika berlakunya kemalangan, mereka tidak akan dilindungi insurans," katanya.
Sementara itu, Abang Abdul Wahab menasihatkan penunggang motosikal agar melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan mereka terlebih dahulu sebelum bergerak jauh.
"Kempen ini tepat pada masanya memandangkan penunggang motosikal masih menjadi kumpulan yang paling berisiko terlibat dalam kes kemalangan di jalan raya.
"Apa yang penting, kita sebagai pengguna jalan raya mengetahui tanggungjawab bagi menjaga keselamatan diri dan orang lain yang berada di jalan raya dengan mematuhi peraturan yang ada," katanya.
Pihak berkuasa JPJ lancar Op Sempena Hari Raya Aidilfitri 2014
Reviewed by Unknown
on
July 07, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 07, 2014
Rating:

No comments: