Seo Services

Pihak Polis ambil serius kegiatan mesin judi di Sarawak


KUCHING - Polis memberi perhatian serius terhadap kegiatan mesin judi haram meskipun aktiviti itu dilaporkan tidak serius berlaku di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, bagi menangani kegiatan haram itu daripada berleluasa, pihaknya aktif menjalankan pemantauan terhadap mana-mana premis yang menjalankan perniagaan mesin judi haram di 28 daerah di negeri ini.

Katanya, pemantauan itu turut dilakukan oleh beliau sendiri bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri secara berterusan dari semasa ke semasa.

"Proses pemantauan dibuat berterusan dengan mengadakan operasi serbuan terhadap premis mesin judi haram pada setiap minggu.

"Cuma apabila kita membuat tangkapan dan membawa suspek ke mahkamah, ada kes yang boleh disabitkan kesalahan tetapi ada juga dibuang kerana tidak cukup bukti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawih anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Masjid Al-Ittihad di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas mengenai laporan disiarkan oleh Utusan Malaysia mengenai kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan setiap satu premis mempunyai tidak kurang 30 mesin.

Menurut Muhammad Sabtu, salah satu punca menyebabkan kegiatan itu sukar dikesan ialah pengusaha mesin judi haram mempunyai sistem yang boleh menukarkan komputer biasa menjadi mesin judi.

"Jika tidak diperiksa rapi, ramai yang tidak tahu komputer biasa yang dilihat di kafe siber sebenarnya adalah mesin judi haram.

"Selain itu, kita juga sukar membendung kegiatan ini kerana keengganan pelanggan memberi kerjasama ketika mahu mendakwa pemilik pusat judi haram," katanya sambil memberitahu pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menangani masalah berkenaan.


Pihak Polis ambil serius kegiatan mesin judi di Sarawak Pihak Polis ambil serius kegiatan mesin judi di Sarawak Reviewed by Unknown on July 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.