Seo Services

Rumah pengarah filem terkenal dipecah masuk

Datuk Yusof Haslam

RUMAH pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam dilaporkan dipecah masuk malam tadi. Insiden kira-kira jam 2.30 pagi itu disedari Yusof yang sedang menonton televisyen.

Beliau terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah.

Menurut laporan yang memetik sumber polis itu, selepas terdengar jeritan pembantu rumahnya, mangsa terus ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran.

Difahamkan mangsa melepaskan dua lagi das tembakan di hutan berhampiran rumahnya kerana mengesyaki penjenayah melarikan diri ke kawasan itu.

Dalam insiden berkenaan, pintu grill rumah Yusof telah diumpil dan bilik di tingkat empat rumahnya didapati berselerak. Barang yang hilang masih belum dikenal pasti.-SH
Rumah pengarah filem terkenal dipecah masuk Rumah pengarah filem terkenal dipecah masuk Reviewed by Unknown on July 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.