Membuat biskut yang pelbagai jenis termasuk yang terbaru seperti 'Red velvet' dan 'green peas' dan kek lapis Sarawak seperti Kek Lapis 1Malaysia, Blueberry dan Maher Zain dengan harga serendah Rm60(Loyang 8 x 8) tempahan telah boleh di buat dari sekarang.
Bermula dengan minat yang mendalam terhadap kuih muih, cake dan biskut 15 tahun yang lalu, Aniza bt Bentani memulakan perniagaan di rumah dengan membeli sedikit demi sedikit barang untuk membuat kek dan biskut.Sekarang walaupun sudah boleh berbangga bila kek lapis dan biskut beliau mendapat tempahan dari Semenanjung, Sabah dan Brunai beliau masih belum berpuashati selagi belum membuka kedai roti yang juga memasarkan kek lapis Sarawak, biskut dan kuih-muih tradisional Sarawak.
Pernah berusaha memohon bantuan untuk membuka kedai kek dari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) tapi beliau menyifatkannya belum ada razeki sehingga kini permohonan beliau belum di luluskan.Namun ini tidak mematahkan hasrat beliau untuk terus memasarkan produk beliau dengan melakukannya secara kecil-kecilan dari satu sudut rumah beliau.
'Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan' kata beliau yang tidak akan berputus asa untuk terus mencapai impian beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Usahawan kecil Puan Annieza Zai janji kepuasan kepada pelanggan.
Reviewed by Unknown
on
July 07, 2014
Rating:
No comments: