Seo Services

Terjemahan Al-Quran ke 72 bahasa disediakan untuk kegunaan jemaah di Mekah


MEKAH - Pihak berkuasa Masjidilharam di sini, memperluaskan terjemahan al-Quran kepada 72 bahasa asing untuk kegunaan jemaah sepanjang bulan Ramadan ini.

Seorang pegawai kanan Jawatankuasa Hal Ehwal Masjidilharam, Ali Hamid al-Nafji berkata, sebanyak 950,000 salinan terjemahan dalam 72 bahasa berbeza telah ditempatkan dalam masjid utama di Mekah itu.

“Jumlah rak di dalam Masjidilharam telah ditingkatkan kepada 4,000 unit yang mampu menempatkan sebanyak 950,000 salinan terjemahan dalam pelbagai bahasa,’’ katanya kepada agensi berita Arab News.

Beliau berkata, salinan terjemahan dalam bentuk digital turut disediakan untuk kemudahan jemaah.

“Pihak kami telah membangunkan satu sistem teknologi yang membolehkan telefon pintar yang mempunyai aplikasi pembaca kod bar, memuat turun perisian al-Quran dalam bahasa mereka inginkan di Masjidilharam.

“Al-Quran bersama terjemahannya boleh dimuat turun dalam bahasa-bahasa utama dunia termasuk Telugu, Somalia dan Cina selain Sinhala (bahasa Sri Lanka),’’ katanya.
Terjemahan Al-Quran ke 72 bahasa disediakan untuk kegunaan jemaah di Mekah Terjemahan Al-Quran ke 72 bahasa disediakan untuk kegunaan jemaah di Mekah Reviewed by Unknown on July 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.