Seo Services

Tindakan Petronas temui Adenan tepat

KUCHING: Tindakan pegawai-pegawai kanan Petronas mengadakan perjumpaan rasmi dengan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem serta ahli-ahli kabinet negeri terlebih dahulu adalah tepat atas kapasiti mereka sebagai penggubal polisi kerajaan.
 
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol yang berkata demikian menambah, perjumpaan pada Isnin lepas masih di peringkat perbincangan asas.
 
“Kita sepatutnya menyambut (baik) serta menganggap pertemuan ini sebagai sesuatu yang memberangsangkan dan sebagai tanda positif,” katanya bagi mengulas kenyataan pemimpin PKR yang terkilan apabila perjumpaan itu tidak membabitkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
 
Kelmarin, Naib Pengerusi PKR See Chee How berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti pembangkang wajar disertakan dalam perjumpaan itu memandangkan usul di Dewan Undangan Negeri pada Mei lepas disokong semua ADUN.
 
Taklimat Petronas itu merupakan susulan Dewan Undangan Negeri pada Mei lepas meluluskan usul bagi menyemak semula royalti minyak dan gas diterima Sarawak. Kenaikan dicadangkan ialah 20 peratus.
 
Abdullah yang juga pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Negeri (BNBBC) berkata lagi pertemuan tersebut turut tidak membabitkan wakil BNBBC.
 
Beliau berkata beliau yakin dan percaya Adenan bersikap tegas dan bijak dalam mengutarakan perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak terutama berhubung semakan semula royalti minyak dan gas.
 
Menurutnya, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang andaian pada masa sekarang.
“Pembangkang tidak seharusnya meragui keupayaan Ketua Menteri untuk mengurus perkara yang berkaitan Petronas.
 
“Bila tiba masa yang sesuai saya percaya Ketua Menteri akan berkongsi maklumat yang relevan dengan semua ADUN,” katanya.-Utusan Borneo


Tindakan Petronas temui Adenan tepat Tindakan Petronas temui Adenan tepat Reviewed by uMieySurianie on July 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.