Seo Services

5 tips ini anda akan menjadi lelaki yang "better men"


Kadang-kadang anda sendiri tidak biasa dengan dunia lelaki yang harus kerap kelihatan mementingkan penampilan, pakaian berjenama, perlu banyak wang dan perlu tampil metroseksual sepanjang masa. Oh, tidak semestinya kerana perkara di bawah sudah cukup membuktikan anda lelaki sempurna!

SEKS

Sudah tentu ia bukan satu kejutan tetapi ia tetap bukti anda lelaki sejati yang dapat memberi kepuasan dalam hidup anda dan pasangan. Menurut pakar psikologi, David Blanchflower dan Andrew Oswald, kajian mendapati lelaki yang melakukan seks sekurang-kurangnya empat kali seminggu merupakan lelaki paling gembira di Amerika. Terbukti aktiviti seks membantu menggembirakan, memberi kepuasan dan bukti anda lelaki sempurna tetapi awas... Ia untuk pasangan yang sudah sah bernikah!

BERSUKAN

Lelaki yang tidak gemar bersukan biasanya mempunyai gaya hidup sosial yang membosankan. Anda rugi sekiranya tidak mengenali beberapa jenis senaman dan tidak pernah berkunjung ke pusat gim. Jika anda seorang pengunjung gim atau seorang yang gemar melakukan senaman, anda bukan saja berjaya mendapatkan tubuh badan yang tegap dan berotot tetapi dapat mengenali lebih ramai rakan. Melibatkan di dalam sukan bola sepak sudah memadai.

PERMAINAN VIDEO

Usah malu mengaku anda masih bermain permainan video. Biarpun usia anda sudah mencecah angka tiga, anda masih lagi lelaki sempurna malah ia hobi yang sangat 'cool'. Tidak ada salahnya jika anda terus berminat bermain permainan video kerana ia mampu membantu anda menenangkan fikiran dan tidak membuatkan anda banyak membazirkan wang dengan aktiviti luar. Ramai lelaki menyatakan permainan video memberi kepuasan berganda terutama sekali apabila mereka menang.

MELEPAK BERSAMA TEMAN

Jika anda mempunyai kekasih sekali pun, tidak bermakna anda tidak boleh meluangkan masa untuk melepak bersama teman-teman. Lokasi seperti warung tepi jalan atau kedai mamak menjadi 'port' popular untuk anda berbual tentang dunia sukan, isu semasa, cara mencari wang tambahan atau isu politik.

UBAH SUAI KENDERAAN

Lelaki yang gemar mengubah suai kenderaan sama ada dari bentuk fizikal, kelajuan atau penambahan aksesori bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi, sudah menjadi hobi lelaki yang gemarkan melihat harta mereka kelihatan cantik, bergaya dan lain daripada yang lain. Tidak ada salahnya menjadi peminat 'kaki kereta' asalkan pengubahsuaian kenderaan anda tidak menyalahi undang-undang dan boleh mendatangkan bahaya. Jika anda sekadar pernah menukar rim tayar kereta anda saja sebelum ini, ia cukup menggambarkan anda juga tidak ketinggalan untuk menampilkan kelainan pada kereta anda seperti lelaki lain.

Mengapa perlu meniru dan menjadi orang lain semata-mata mahu tampil seperti lelaki popular? Anda masih boleh menjadi lelaki sempurna jika anda mempunyai kriteria perkara di atas kerana tip yang diberikan merupakan rutin biasa bagi lelaki sejati seperti anda!
5 tips ini anda akan menjadi lelaki yang "better men" 5 tips ini anda akan menjadi lelaki yang "better men" Reviewed by Unknown on August 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.