KUCHING: Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Haji Abdul Taib Mahmud telah mengarah agar operasi pembenihan awan hari ini di kawasan tadahan air yang terjejas kemarau di Kuching dan Sarawak.
Menteri Kebajikan, Keluarga dan Pembangunan Keluarga Datuk Seri Hajah Rohani Abdul berkata demikian sambil menambah perkara tersebut telah dinyatakan oleh Tun Abdul Taib yang menziarahi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Rohani di Taman Sejoli, Petra Jaya di sini bersama isterinya Toh Puan Raghad Kurdi-Taib sebentar tadi.
"Tun Abdul Taib begitu mengambil berat akan kemarau yang melanda negeri Sarawak dan telah mengarah agar operasi pembenihan awan di lakukan," jelas Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar.
Sementara itu, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Puan Rodziah Haji Morshidi berkata agensi kerajaan berkaitan dijangka akan membuat pembenihan awan hari ini di kawasan tadahan air yang terjejas kemarau di Kuching.
"Walaubagaimanapun beliau berkata kejayaan pembenihan awam ini juga bergantung kepada kehadiran jumlah awam."
Selain itu pihaknya juga telah mengaktifkan jawatankuasa bencana negeri bagi menangani masalah kekurangan bekalan air yang melanda beberapa kawasan terutamanya dalam kawasan Parlimen Saratok yang terjejas teruk berbanding di Betong dan Simunjan.
Katanya kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, JKR akan membuat penghantaran kedua sebanyak 50 lori tangki air terawat dan juga air minuman botol ke Kabong, Nyabor dan Gerigat di Saratok dalam masa terdekat ini.
No comments: