Seo Services

Adakah letak jawatan selesai masalah?


Di manakan rasionalnya perletakkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid susulan kemalangan di tapak kerja landasan MRT di Kota Damansara yang meragut nyawa tiga pekerja warga Bangladesh.

Sepatutnya pihak yang bertanggung jawab mencari punca kemalangan tersebut. Tindakan meletak jawatan sebenarnya bukan penyelesaian bijak kepada masalah.

Ianya seperti tindakan membakar kelambu kerana marahkan nyamuk seekor. Hukuman perlu ditanggung orang yang melakukan kesalahan bukannya mereka yang berada disekeliling. Tindakan ini bakal merosakkan projek penting MRT yang sedang dilaksanakan sekarang ini.


Malahan tindakan Azhar tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai ‘tindakan orang yang bersalah’ sebelum
siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam kes itu.

Pihak pengurusan perlu dipastikan telah meletakkan semua prosedur keselamatan dalam syarikat itu atau pun sebaliknya.

Sebelum ini Azhar pernah mengakui amat menitik berat soal keselamatan pekerjaan dan akan bertanggungjawab penuh di atas sebarang insiden yang berlaku di tapak pembinaan MRT.


Namun beliau perlu sedar bahawa tindakan “membabi-buta” meletakkan jawatan tidak memberi sebarang kebaikan kepada pengurusan MRT.

Jika beliau benar-benar merupakan seorang yang bertanggungjawab maka menjadi tugas beliau mengenalpasti kesalahan dan memperbetulkan apa yang kurang.

Azhar, 53, mengumumkan untuk meletakkan jawatan petang susulan insiden tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh mati selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara .

Lebih-lebih lagi, siasatan awal telah mendapati kontraktor yang terlibat tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) keselamatan secara menyeluruh, mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja-pekerja berkenaan. Ini jelas bukan merupakan kesalahan Azhar.

Oleh itu, tidak ada sebab beliau perlu meletakkan jawatan. Bertindak perlu bijak dan rasional bukan sekadar perlu “tunjuk gah” pada orang disekeliling.

sumber
Adakah letak jawatan selesai masalah? Adakah letak jawatan selesai masalah? Reviewed by Unknown on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.