Seo Services

Fitnah Kaitkan YB dan "Ratu Pondan", Laporan Polis Akan Dibuat

SIBU: ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis terhadap dakwaan yang mengaitkan beliau secara tidak langsung "bersubahat" dalam penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pondan di tapak BCF Sibu semalam.

Annuar, yang dihubungi Sarawakiana sebentar tadi berkata, beliau akan berjumpa dengan pihak Majlis Agama Islam Sibu hari ini untuk meneliti laporan berkaitan dakwaan tersebut.

"Saya juga akan bertemu dengan penganjur program tersebut sebelum mempertimbangkan samada akan mengambil tindakan susulan (membuat laporan polis) atau sebaliknya."

"Sejurus dimaklumkan tentang dakwaan tersebut semalam, saya telah meminta Majlis Agama Islam Sibu segera membuat siasatan ke atas perkara berkenaan," tambah Annuar lagi.

Semalam, seorang individu yang menggunakan nama Aszfia Haris pada status akaun Facebooknya telah secara sinis mendakwa Annuar dan Majlis Islam Sibu telah "bersubahat" dalam penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pondan di tapak BCF Sibu.

Salah seorang daripada penganjur acara tersebut Puan Zaiton Abdul Kader menerusi akaun Facebooknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil memberi respon berbunyi, "Tiada peserta pondan seperti khabar angin".

Walau posting dakwaan saudara Aszfia Haris tersebut telah pun dipadam, rata-rata pengamal media, khusus media sosial Facebook tidak berpuashati kerana ianya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej ADUN Nangka dan Majlis Agama Islam Sibu.

Rata-rata di antara mereka mendesak kedua-dua pihak yang dikaitkan dengan keaiban tersebut membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya diambil bagi mengelak perkara yang sama tidak berulang lagi. - Sarawakiana
Fitnah Kaitkan YB dan "Ratu Pondan", Laporan Polis Akan Dibuat Fitnah Kaitkan YB dan "Ratu Pondan", Laporan Polis Akan Dibuat Reviewed by Admin on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.