Seo Services

Adenan Mahu SUPP Dan UPP Berdama


KUCHING: Pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan seteru mereka dari Parti Rakyat Bersatu (UPP) disaran agar berdamai dan memulakan usaha menyatukan mereka demi manfaat masyarakat Cina di Sarawak, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata kedua-dua pihak perlu mencari persetujuan dan melihat perjuangan lebih luas Barisan Nasional (BN).

"Kita menghadapi musuh politik yang sukar dan kita boleh menawan balik kawasan (yang SUPP kalah dalam pilihan raya negeri dan parlimen yang lalu) jika kita berhenti berkelahi," katanya pada majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-55 SUPP di sini Jumaat malam.

Menurut beliau, berdasarkan perkiraannya, SUPP boleh menawan semula kerusi yang mereka kalah berdasarkan sokongan yang telah ditunjukkan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Balingian.

"Tetapi jika anda terus bergaduh, peluang (untuk menang) adalah kecil," katanya.

SUPP dibelenggu masalah dalaman selepas pilihan raya negeri dan parlimen yang lalu yang menyebabkan empat wakil rakyat yang diketuai timbalan setiausaha agung parti Datuk Seri Wong Soon Koh meninggalkan parti.

Wong dan rakan-rakannya pada mulanya menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang diketuai bekas Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom sebelum mereka menubuhkan UPP.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak berkata walaupun ia menjadi prinsip BN untuk tidak campur tangan dalam hal dalaman parti komponen tetapi ia akan campur tangan dalam hal yang boleh melemahkan pakatan tersebut. 

Menyifatkan SUPP sebagai rakan lama BN, beliau berkata parti itu membuat sumbangan besar terhadap politik Sarawak. -- BERNAMA
Adenan Mahu SUPP Dan UPP Berdama Adenan Mahu SUPP Dan UPP Berdama Reviewed by Unknown on August 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.