Seo Services

Projek Bekalan Air Tanjung Manis Dijangka Siap November 2015


SIBU: Projek bekalan air Tanjung Manis bernilai RM965 juta, yang sedang dalam pelaksanaan, dijadual siap menjelang November 2015.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata projek itu bertujuan menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi ke Tanjung Manis, lokasi hab halal terbesar di negeri ini.

"Bagaimanapun saya telah memberi arahan supaya bekalan itu turut merangkumi kawasan lain seperti Kampung Bruit, Kampung Paloh dan kawasan penempatan di pinggir pantai," katanya kepada media selepas meninjau kemajuan projek pembinaan itu di Sungai Maaw dekat sini Jumaat.

Bekalan air bersih seringkali diketengahkan sebagai masalah yang tiada kesudahannya bagi Kampung Bruit, sebuah pulau terbesar di negeri ini yang dihuni lebih 9,000 penduduk dari 13 kampung.

Awang Tengah, yang juga Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, berkata projek bekalan air Tanjung Manis sebenarnya boleh membekalkan 250 MLD (juta liter sehari) air mentah menerusi loji rawatan air 60MLD.

Bagaimanapun, dalam fasa pertama, hanya 125 MLD akan dibekalkan menerusi loji rawatan air 30MLD.

"Kami akan mengepam air dari Sungai Rajang di muara Sungai Maaw memandangkan Tanjung Manis mempunyai air yang masin berikutan kedudukannya yang berhampiran pantai," katanya.- BERNAMA
Projek Bekalan Air Tanjung Manis Dijangka Siap November 2015 Projek Bekalan Air Tanjung Manis Dijangka Siap November 2015 Reviewed by Unknown on August 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.