Seo Services

Adira kini sudah berhijab

 
Bercakap kepada Berita Harian semalam, Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Adira turut memilih untuk bertudung baru baru ini.

Di laman Instagram miliknya, beliau memuatkan sekeping gambar yang menggambarkan dirinya sudah bertudung.

Tetapi gambar berkenaan sekadar menunjukkan sebahagian wajahnya yang mengenakan hijab.
 
Adira AF mengakui beliau sudah tiga hari mengenakan tudung dan ianya ikhlas datang dari hati.
 
“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya. Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri. Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” ujarnya.
 
Kita doakan yang perubahan ini kekal dan membawakan sesuatu yang positif dalam kehidupan Adira AF selepas ini.
Adira kini sudah berhijab Adira kini sudah berhijab Reviewed by uMieySurianie on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.